WAKTU BERCINTAN-CINTON..
Hehe,seronok plak tengok pict ni..ermmm,gambar ni dirakam kan waktu kami baru nak mengenali diri masing2..hehe, CINTA YANG SUCI..ermmm semua orang akan mengalami nyer, sangat indah dan sweet-sweet jerk semua..da la kami bercinta tru phone jerk selama 2 tahun & x penah jumper & x penah tengok gambar pon, kenal melalui kawan masa study di UiTM, Lendu...x dapat bayang kan mcm maner orang nyer..hehe,cam2 firasat aku bayangkan..gemuk? kurus kering? (korang cuber bayangkan) ishhh..tapi, JENG JENG JENG...masa first time jumpa, face 2 face...aku rasa degupan jantung nie cam bergelora jerk..SUBHANALLAH something yang "earrkkkk" x tau nak kater, seronok dan macam2 perasaan ada bercampur baur..ermminilah di nama kan dari mata turun ke hati..hehe..by the way aku hepy and berterima kasih pada ALLAH s.w.t. kerana bertemu dengan MOHAMAD KHAIRI BIN HJ. BAHAUDIN @ Hery...
TAMATNYA HIKAYAT ZAMAN BUJANG..
Cune X Editting Wedding Photo ni?(saja tanya)..hhehe
Akhirnya kami telah pon menamatkan zaman bujang kami pada
11 JUNE 2010 (Jumaat, 03:25 ptg)
lepas solat jumaat, dorg pakat reramai makan kenduri...(erkk)..
Syukur ke hadrat Illahi kerana telah di temukan JODOH dengan jejake yang tampan di mata hatiku ini..kami sentiasa terima apa baik buruk dlm diri masing2..2 penting dalam rumah tangga, klu x salah faham le berlaku bila2 masa jerk, so kene create something yang sweet2 jerk cam time bercintan cinton dulu ar..susah ke senang ker, aku kene menjadi seorang isteri yang baik kepada suaminyer dan ummi yang penyayang kepada anak-anak nyer..hehe..
Ni hadis & kata2 yang boleh remind kat kiter sume..selamat menghayati..
BAGAIMAN MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH..??
HADITH:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya,
maka ia akan masuk syurga.”
PENGAJARAN HADITH:
i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.
ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.
iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri..
iv) Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya..
v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.